Ni gambar aku dan Ain. Ain best member aku wat benda gila-gila dan borak-borak benda yang gila-gila. Dia ni best partner aku kalo nak kaco dalam umah dulu.. Hehehe.. (^^)
Dua gadis ayu...Nada dan Izah.. Haish...cun tapi bile la nak ade calon ni.. Hehehe.. Rakan semangat aku bersama-sama dalam SRM. Rindu diorang sebab kami bertiga selalu contact melalui SMS sentiasa walaupun waktu cuti sem.Malam tu sume dapat hadiah masing-masing...aku dapat hadiah dari Nada, Nada dapat hadiah dari aku, Izah dapat hadiah dari Iera, Ain dapat hadiah dari Dayah dan Dayah dapat hadiah dari Izah. Waktu jalan pulang ke hostel lepas makan macam-macam benda lawak yang kitorang borakkan dan buat. Siap amek gambar dalam gelap lagi.
Apepun aku rindukan Nada, Izah, Ain dan Iera...merekalah sahabat terbaik pernah aku jumpa. Malam tu sebelum berpisah kami semua bersalaman dan berpeluk tapi aku terlupa nak memohon maaf. Esok paginya aku menghantar mesej memohon maaf kepada Nada, Izah, Iera dam Ain jika aku pernah melakukan kesilapan kepada mereka. Aku akan sentiasa ingat akan mereka berempat dan rindu akan mereka. Aku akan doakan kejayaan mereka kelak.. Insya Allah..kalau kami masih ada jodoh, kalau umur kami masih panjang Allah S.W.T akan pertemukan kami semua... AMIN~ (T.T)
P/S: Selepas ni, sem akan datang mehla wat pulak utk ahli-ahli H1-2F-U1. Jomla Kak L, Ainil, Diba dan Raby... Kite wat yang GEMPAK punyer~~ Wee!! \(^^)/

No comments:
Post a Comment