Pages

Thursday, December 24, 2009

GREEDY~~

I like semester holiday! It is the time for me to hang out with some of IKEMEN guys~ Kyaa~~ (DETTA! girl fan mode) During this holiday, I didn't know what I want to do... So bored.. Then, I'm downloading and downloading and watching... This is when I'm showing my true self, being greedy..wahahaha... (^^) I want to download and do many things in this holiday... So many... Sugoi ne~ But....my lappy is sick and need to reformat! Wargh!! (T.T) My lappy is my best centre to download things... Well...I need to slow down a bit.

During this holiday...what I'm doing?


++Reading 'Kimi ni Todoke' manga

++Downloading 'Kimi ni Todoke' anime

++Dowloading 'Kobato' anime

++Downloading 'Cartoon KAT-TUN' (featuring KAT-TUN)

++Downloading 'Soukon' (featuring TegoMassu & KoyaShige of NEWS)

++Downloading 'Himitsu no Arashi-chan' (featuring Arashi)

++Downloading 'VS ARASHI' (featuring Arashi)

++Downloading 'NEWS DVD Winter Party Diamond Concert' (featuring NEWS)

++Downloading and watch 'My Girl' J-Dorama (featuring Aiba Masaki of Arashi)

++Downloading 'KAT-TUN DVD Break the Records Concert' (featuring KAT-TUN)

++Reading Yamapi nikki

Wow! I am greedy...greedy...trully greedy.. I think it is not wrong right? Hehehe..
Basically my holiday is all about NEWS, ARASHI and KAT-TUN! Daichuki! V(^^)V

P/S: Thank you so much to all of the fansubbers...for subbing and sharing all the great videos and let the fans to download and watch their 'love ones' happily! Especially newshfan thank you for subbing the NEWS DVD Winter Party Diamond concert. Hontouni Arigato Gozaimasu! You made all the fan around the world very happy! V(^^)V

Currently using this picture as a wallpaper on my handphone (akatsuki-chan). Love this pic with the six of them together!


Just want to share with all the fan out there. 'Code Blue' season 2 is coming out on January! Can't wait! After the first season of 'Code Blue' which I can say that is really SUGOI!! plus 'Buzzer Beat' that is also really SUGOI! It is Yamapi again with the second season of 'Code Blue'! I'm trully support 'Doctor-Heli'! DAISUKI! v(^^)v

Tuesday, December 22, 2009

Musics!

Really loves listening to musics! (I think some of you know what kind of musics that I like!)

Every single time there are earphones plug into my ears
(or headphones)

Listening from my MP3 player or my handphones


Every single time when I'm alone I listens, when I'm


++++ sweeping or tidying my room ++++


++++ in the car
++++

++++ reading comics or story books
++++

++++ in front of my lappy ++++

++++ folding my clothes ++++

++++ washing dishes
++++

++++ doing exercises or jogging ++++

++++ walking alone by myself
++++

then one day my friend said to me like this

"wawa jangan selalu pasang earphone kat telinga, nanti rosak telinga, pendengaran kurang berkesan.....ape nak buat?"

yeah..she have a good point!

LOL! but still I like listening to musics! Yay! V(^^)V


This is what I'm doing to fill my day for my holidays!

Sunday, December 13, 2009

Dua Puluh

"Dua Puluh". Nape tajuk entry kali ni "Dua Puluh". Umur aku ke? Hmmm... Memandangkan sekarang ni bulan disember dan tahun baru akan menjelma, aku yang berumur 20 tahun ni akan melangkah ke alam dewasa yang berumur 21 tahun nanti. Namun, entry ni bukan nak cakap pasal azam tahun baru atau pasal pengalaman hidup aku selama 20 tahun tetapi... entry kali berkaitan tentang...

20 Perkara yang Pelik/Mustahil yang Aku Teringin Nak Lakukan

Maka inilah senarai yang aku telah buat. 20 perkara yang aku rase benda tu mustahil atau pelik tapi aku teringin nak buat dalam hidup aku. Mungkin kalau aku dapat lakukan salah satu dari 20 perkara ini pun da cukup memadai... \(^^)/

1. Nak peluk anak harimau dan berguling-guling dengan anak harimau tu.

2. Nak peluk anak anjing dan berguling-guling dengan anak anjing tu (aku tau anjing tu haram kalau comey mmg tak tahan) ngee.. ;P

3. Nak try bungee jumping tertinggi di dunia!

4. Nak try sky diving antau parachute jump! (cool~~)

5. Nak try masuk rumah hantu (olok-olok) atau rumah yang memang berhantu... (ngee~seram tapi aku kena berani... =.=")

6. Nak dive dalam laut Segitiga Bermuda dengan submarine nak tengok bangkai kapal-kapal kat dasar laut tu.

7. Nak daki Gunung Kinabalu! (Yesh! impian aku selama ini!)

8. Kalo dapat tawan Gunung Kinabalu mestilah Gunung Everest pulak kan seterusnya!

9. Nak jadi pemimpin dunia dan menyatukan semua negara dan hentikan peperangan.. (perang mesti dihentikan! I HATE WAR! It's painful to see people suffering! )

10. Kalau aku ada superpower aku nak selamatkan bumi dari 'Global Warming' dan halang kehidupan daripada pupus....

11. Aku nak travel jauh berjalan kaki kat atas 'The Great Wall of China'! (jauh dan panjang tu..)

12. Aku nak discover 'Piramid' kat mesir nak tengok Mumia..

13. Nak jadi ala-ala Emile Eachart, travel naik kapal keliling dunia.. (tapi of course aku tak nak la hilang tak dikesan macam dia... hehehe.. )

14. Nak gi travel kat Japan tengok konsert NEWS, KAT-TUN, Arashi dan Hey Say JUMP! (Hehehe...nampak sangat gila JPOP Fandom aku ni..ngee.. ;P)

15. Aku nak try ski kat pergunungan salji... (nampak macam best jer...)

16. Nak tubuhkan organisasi sukarelawan yang membantu manusia yang memerlukan dan membantu kanak-kanak dan wanita yang ditindas dan miskin... (aku tau organisasi camni memang da wujud, tapi aku nak cuba bantu mereka yang lain juga...)

17. Nak jadi First Malaysian Woman yang jadi astronout.. (hahaha... memang mustahil la!)

18. Nak belajar 10 jenis bahasa asing! (hehe.. patutla aku terjebak dalam bidang bahasa..)

19. Nak jadi drifter...(ceh! lesen driving pun takde, tapi nak jadi drifter tapi macam best la!)

20. Yang ke-20 ni tak mustahil dan tak pelik, saje je include dalam list ni. Insya Allah, kalau diizinkan Allah SWT, dan ada rezeki aku nak menunaikan ibadah Haji di di tanah suci Makkah bersama keluarga ku yang tercinta... Insya Allah.. AMIN~~ (^^)

Setiap orang mesti ade impian masing-masing kan...ataupun korang pun ade gak perkara pelik yang korang nak buat. Satu nasihat! Kalau peluang ada depan mata jangan teragak-agak nak buat! Sama jugak kalau kita nak laksanakan impian kita, jangan teragak -agak dan jangan mudah putus asa. Teruskan usaha...bangkit dan laksanakan impian kamu tu walaupun ianya sukar... Tapi kalau kita berusaha pasti suatu hari nanti impian kita akan terlaksana...betul kan? V(^^)V

Saturday, December 12, 2009

Reunion H2-2F-U1

Pada 10 disember yang lalu, kami ex-housemates H2-2F-U1 wat reunion! Reunion ni wat mase hari akhir final exam. Reunion ni disertai oleh ahli2 umah H2-2F-U1 mase aku sem-2 degree dulu, Ain, Izah, Nada, Iera, Dayah dan aku sendiri. Reunion ni di buat sempena Nada, Izah, Iera dan Ain sudah mahu meninggalkan UNISEL sebab ini adalah sem terakhir mereka. Kami berjalan ke PP dan menjamu selera di kafe Cangkir. Secara ringkasnya kami hanya wat makan-makan, borak-borak, amek gambar dan yang best skali wat tukar-tukar hadiah. Reunion malam tu memang seronok sebab dapat jumpe balik ex-housemates walaupun kami slalu gak mesej-mesej di antara kami. Apepun malam tu boleh dikatakan gelak ketwa kitorang menggegar kafe Cangkir tu.. Gambar kat atas tu, gambar hadiah-hadiah kitorang..da rupe macam nak krismas je..Hahaha.. V(^^)V

Ni gambar aku dan Ain. Ain best member aku wat benda gila-gila dan borak-borak benda yang gila-gila. Dia ni best partner aku kalo nak kaco dalam umah dulu.. Hehehe.. (^^)

Dua gadis ayu...Nada dan Izah.. Haish...cun tapi bile la nak ade calon ni.. Hehehe.. Rakan semangat aku bersama-sama dalam SRM. Rindu diorang sebab kami bertiga selalu contact melalui SMS sentiasa walaupun waktu cuti sem.

Ni Iera dan Dayah. Sentiasa ceria dan senyum dan selalu bergelak ketawa.

Ni gambar berlima..akula photographer nya tak masuk tapi takpe...yang penting malam tu happening~~

Malam tu sume dapat hadiah masing-masing...aku dapat hadiah dari Nada, Nada dapat hadiah dari aku, Izah dapat hadiah dari Iera, Ain dapat hadiah dari Dayah dan Dayah dapat hadiah dari Izah. Waktu jalan pulang ke hostel lepas makan macam-macam benda lawak yang kitorang borakkan dan buat. Siap amek gambar dalam gelap lagi.


Apepun aku rindukan Nada, Izah, Ain dan Iera...merekalah sahabat terbaik pernah aku jumpa. Malam tu sebelum berpisah kami semua bersalaman dan berpeluk tapi aku terlupa nak memohon maaf. Esok paginya aku menghantar mesej memohon maaf kepada Nada, Izah, Iera dam Ain jika aku pernah melakukan kesilapan kepada mereka. Aku akan sentiasa ingat akan mereka berempat dan rindu akan mereka. Aku akan doakan kejayaan mereka kelak.. Insya Allah..kalau kami masih ada jodoh, kalau umur kami masih panjang Allah S.W.T akan pertemukan kami semua... AMIN~ (T.T)

P/S: Selepas ni, sem akan datang mehla wat pulak utk ahli-ahli H1-2F-U1. Jomla Kak L, Ainil, Diba dan Raby... Kite wat yang GEMPAK punyer~~ Wee!! \(^^)/

Inspirasi dari Kawan (Thanx!)

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
1. Sara
2. Wawa
3. Wa...
4. Sara Salwana

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. September 28
2. November 3
3. November 13
4. June 21

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Facebooking
2. Eating
3. Cooking
4. Listening to my fav music! (^^)

FOUR WAYS TO BE HAPPY :
1. Sleeping
2. Facebooking
3. Reading
4. Chat with my family

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
1. My late Granpa (From both father & mother side)
2. My late Granny (From both father & mother side)
3. My school friends
4. My childhood friends (neighbours) that played with me during the day we are still small kids..

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. New laptop
2. Ipod
3. Sony Cybershot Camera
4. Money ;P

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES :
1. Sleeping
2. Reading
3. Daydreaming
4. Singing

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
1. Macca
2. Japan
3. Sabah
4. New Zealand

FOUR FAVORITE DRINKS :
1. Fruit Juice
2. Limau Ais
3. Milo Ais
4. Sky Juice

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :
1. Handphones
2. Purse
3. Keys
4. Pen and small note book

FOUR FAVOURITE COLORS :
1. Green
2. Blue
3. White
4. Black

TOP FOUR HANGOUTS :
1. Dok umah depan lappy
2. D Store Sg Buloh
3. Sg Wang Plaza
4. Library.. (weird huh?)

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
1. Allah
2. Family
3. Friends
4. Cat

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
1. My lappy
2. My 2 handphones
3. My mp3 player
4. My purse

TOP FOUR WHO YOU WILL TAGGED:
1. All my housemates that I really love
2. My special friends
3. My friends
4. My Classmates

Sunday, December 6, 2009

Tabahkan hati dan kentalkan iman dalam diri...

Tengah baca buku "Teaching by Principles: An Interactive Approach to Language Pedagogy" hasil nukilan H.D. Brown ni, buat aku rase pening dan aku pun 'break' kejap wat entry baru.. Hahahaha.. (=.=")

Entry sebelom ni aku letak jadual exam aku...ya...ya.. sok ade exam Teaching Techniques and Classroom Mangement.. Lusa pulak.. Phonetics and Phonology dgn Sociolinguistics... Pening2... Untuk tiga hari ni (jumaat, sabtu, ahad) aku dlm kebingungan (bukan bengong ye)..tak tau nak bace mane satu.. sebab tiga2 paper ni susah belaka... Huwaaaaa... (T.T)

Tengah2 study ni macam biase la timbul perasaan camni...

"Ble nak abes exam ni?? Nak balik umah!!! Nak Cuti!! Uhuk~~"

Sungguh cemburu aku terhadap kawan2 aku yang lain yang tengah cuti tu.... "Bile la agaknye aku boleh join diorang?"

Namun sejak menjak ni aku asyik mimpi je.... Mimpi nak makan tempe goreng... huhuhu... (T.T)
(Ni tengah ngidam tempe goreng tahap maksima ni..adeh~~)

Apepun aku kena tabah hadapi cabaran besar ni...kuatkan iman aku supaya fokus study dan tak terpesong dari buku...hehehe... Lagi 4 paper lagi! Usaha!! Insya Allah, dengan usaha yang gigih dan doa aku akan berjaya.... AMIN~ \(^.^)/

Sunday, November 29, 2009

Ganbatte- ne! Good Luck! Semoga Berjaya!

Final Exam menjelang lagi!! Macam biasa tak senang duduk tak senang hati! Study memanjang, tekanan, ulang-alik ke tandas tiap kali tengah study, memerap dalam bilik study giler-giler dan kul 3 pagi mesti terjaga gi tandas. Itulah sindrom aku time final exam. DAHSYAT~~ Kalo korang baca entry aku sebelum ni, aku menyatakan yang aku risau tentang pointer aku pada sem ni dan macam mane ngan pencapaian aku??? Hanya Allah yang tahu...maka dengan itu aku kena USAHA!! INSYA ALLAH.. Aku boleh lakukannya.. AMIN~~

Jom tengok JADUAL EXAM aku!


2 Dec (Wednesday) - 230 pm - Dewan Utama
Reading for Academic Purposes

7 Dec (Monday) - 230 pm - IPIS
Teaching Techniques and Classroom Management

8 Dec (Tuesday) - 900 am -Dewan Utama
Phonetic and Phonology

8 Dec (Tuesday) - 230 pm -Dewan Utama
Introduction to Sociolinguistics

10 Dec (Thursday) - 230 pm - PKP
Teaching English Grammar


To all my TESL-ians friends wish you and myself the best of luck for the final exam! Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan course lain gak..


SEMOGA BERJAYA!
GOOD LUCK! WISH YOU ALL THE BEST OF LUCK!

v(^^)v

Sukaneka SRM

14 November lalu (mak aih! baru nak masuk dlm blog..hehehe..), sukaneka Sekretariat Rakan Muda Unisel diadakan di IPIS, Unisel. Seperti biasa aku mewakili rakan sukarelawan tetapi kebanyakan geng2 sukarelawan aku tak dapat join sebab diorang ade hal lain. Aku pun ajak la kawan kelas yang best, sporting dan baik hati (lat, uyu & ayie). Thanx so much korang sebab join sesame. Ikin dan kawan dia Fida pun join sekali. Tak lupa juga Naim ahli sukarelawan yang paling bersemangat pun join skali. Walaupun sume masing2 tak kenal tapi kerjasama kitorang kuat dan kitorang ngam sangat. Tengokla gelagat kitorang sume berposing. Gambar ni masa acara lari dalam kain pelekat. Ayie senyum besar dengan kain pelekat tu. Go Ayie!! V(^^)V

Ni waktu acara hias khemah. 4 orang ni la yang membina dan menghias khemah untuk team sukarelawan. Walaupun meraih tempat ke-4 tapi puas hati! (Ikin, Fida, Naim & Lat)

Kami satu team sempat posing! Cheese~~ V(^^)V



Kesimpulannya, hari tu ada macam2 acara dan semua sangat BEST! Apepun sukaneka hari tu sangat BEST! Team sukarelawan dapat ke-5 daripada 9 rakan yang ada hari tu. Hopefully, ada lagi acara camni tahun depan dan team sukarelawan akan cuba lebih lagi!

Saturday, November 28, 2009

Drug of Happiness


Absolutely it is not about drug I'm talking about! I'm talking about music and song.. Tak ramai yang tau lagu genre ape yang aku suke... Ramai yang tengok aku ingat aku suke nasyid.. (-.-") Aku ni boleh kategori sebagai Universal Listener tapi ada satu genre lagu yang wat aku melekat, Japanese Pop (J-Pop). Yup! Lagu jepun dan aku tidak kisah apa yang orang nak kata dan aku tau orang lain akan rasa aku ni pelik. Aku tidak kisah tentang ni, sebab lain manusia lain minatnya dan aku sudah temui ramai orang yang mempunyai minat cam aku... Dalam beberapa bulan aku stress buat kerja dan assignments aku temui beberapa lagu baru yang menjadi teman aku wat keje... Di sini aku nak wat preview tentang lagu-lagu baru yang aku selalu humming dan nyanyi bila aku rasa bosan dan merupakan lagu utama di dalam MP3 player aku skang ni..

Loveless is a new solo single from Yamashita Tomohisa (Yamapi). Sume peminat tau yang Yamapi memang da bercita-cita nak wat single solo sendiri walaupun dia bersama NEWS (group fav aku). Loveless ni merupakan lagu yang bermain dalam blog aku ni. Lagu yang sedih di mana apabila cintanya menemui cinta yang baru dan terpaksa melpaskannya demi kebahagiaan orang yang dicintainya. Check out the PV! Cool~~ They shoot in New York City...

Aku tak pernah dengar lagu dari AAA (Atack All Around) dan ini merupakan lagu pertama yang aku dengar dari diorang dan aku minat sangat2. Hide-away...lagu yang rancak tapi ade istimewanya. Single ni ade 4 lagu, pakai verse dan rentak yang sama tapi lain lirik. Memang unik! Lebih2 lagi...lagu With you merupakan lagu ending untuk Inuyasha:The Final Act. Aku tak pernah jemu dengar lagu ni. Kalo boleh aku nak try belajar step dance lagu ni yang aku tengok kat PV lagu ni.. V(^^)V

It's all too much/ Never Say Die from YUI my favourite female singer. Never Say Die is a very hip song and I like it so much! Plus ade lagu again dalam single ni versi accoustic!

Futasu no Kuchibiru from EXILE. Pertama kali aku dengar lagu ni dari drama yang aku tengok Tokyo DOGS dibintangi Hiro Mizushima ngan Oguri Shun. Rentak lagu ni mmg menawan hati aku. Aku sentiasa dengara lagu ni setiap hari...mmg tak jemu dan kadang2 aku nyanyi lagu ni kalo aku rasa bosan... 5 Stars for this song! <3>

Final Exam

Sudah lama aku tak update blog aku ni. Aku tiada kisah-kisah yang baru dan menarik untuk dikongsi bersama. Tambahan lagi kehidupan aku sangat tidak terurus selama satu semester ini. Manakan tidak...setiap kali aku dapat dapat assignments baru, datang lagi assignments yang lain. Sampaikan aku tidak cukup tidur untuk 2 hari berturut-turut dan tidak menjamah nasi untuk 2 hari juga. Alhamdulillah...semua sudah selesai.. Public speaking, microteaching, presentation, debate, test dan semua asignments telah selesai. Namun, aku dapat rasakan aku tidak perform seberapa baik sem ni. Test aku banyak meraih markah yang rendah. Mampukah aku kekalkan pointer 3.6 lagi?? Persoalan ini bermain di minda aku sepanjang hari.. Walaupun aku berusaha bersungguh-sungguh namun masih ada kesalahan... Di mana silap aku?? Ya Allah...apa yang perlu aku lakukan lagi? Itulah doa ku... FINAL EXAM makin hampir... aku tak bersedia lagi... mampukah aku lakukan yang terbaik lagi pada semester ini... Insya Allah... Aku perlu lebih berusaha... Selagi yang termampu.. Apapun yang terjadi aku kena melangkah dengan tabah...walaupun aku jatuh aku perlu bangkit...tidak kira apa pun yang terjadi... Insya Allah.. AMIN.. (^^)


Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga di hari yang mulia ini, segala pengorbanan anda akan diberkati oleh Allah S.W.T. Juga diucapkan semoga berjaya menghadapi final exam nanti! Berusaha!! V(^^)V

Sunday, October 4, 2009

28 September 2009 (image edition)


My 20th Birtdday cake!! Thank you abah, mama and Aa... Love you all so much!! (^^) Tak sangka Abah akan belikan kek coklat yang sedap ni... Rase macam nak makan lagi je..... wee!! My favoutite is chocolate!!









Ini lah dia fan regulator yang baru yang sudah ditukar oleh abang2 maintenance Jana Niaga.. Terima kasih.. Sejak tu kami satu rumah berpesan kepada tuan punye bilik no 2 jangan biar kipas on lame2 ye..hehehe... Walau ape pun peristiwa malam tu takkan dilupakan dan memang lawak!! V(^0^)V












29 September
My roomate cayang hehehe...Kak L gi jalan2 kat KL...tak sangka di bawak balik muffin yang rupa macam donut ni. Memang sedaaaapp~~ (^.^) Muffin sempena nak sambut besday Kak L 19 September ari tu dan skali ngan besday aku.. Mekaceh Kak L muffin2 ni cute dan cedapp... Ktorang satu rumah makan bersama-sama2. Insya Allah satu hari nanti kte satu rumah makan kat Pizza Hut lak ye...(Raby belanje!) hehehe... (^.^)

Saturday, October 3, 2009

28 September 2009

Agak lama aku tak update blog ni..malam td shbt aku bertanye.."ko ble nak update blog??" Hehehe...tp ble difikir semula mmg da lama tak tulis pape dlm blog ni.. Entry kali ini berkisarkan peristiwa yang berlaku pada 28 September 2009.

28 September merupakan hari jadi aku..da masuk 20 tahun aku ni..da blh kahwin pun.. ohohoho!! mungkin bukan sekarang!!! Apa hajat aku? Apa harapan aku di hari kali aku ini?? Hanya aku yang tahu...namun pada tahun ini, hari jadi aku kali ni sgt menggembirakan dan terdapat perkara yang tak diduga berlaku..

Pada 27 September (1 hari sebelum)
Aku dan kelurgaku menyambut hari jadi aku awal sehari

terkejut bila nampak abah bwk balik kek

dan abang aku juga dgn selambe nya ckp "eh bukan sok ke?"

abah cakap sok tak sempat nak celebrate
yela sok pagi aku nak pulang ke unisel
dan
masing2 pun kembali berkerja semula

Alhamdulillah dan aku sangat gembira..

seperti biasa kami sekeluarga membaca doa selamat
dan kemudian aku memotong kek coklat itu..

tepat tgh malam...
ramai sahabat baik aku sms

mengucapkan selamat hari jadi

happy nyer!! (^.^)


28 September (di pagi hari)
Pagi tu selepas subuh sepatutnya aku pulang ke unisel
tetapi....

pagi itu aku demam dan terpaksa tangguh plan tu..

kebetulan abah cuti hari tu tetapi ada byk urusan nak settlekan

hmmm....pg tu pula hujan lebat sgt

sejuk nyer~~~

mcm bese aku buka facebook aku..
wow!!
ramai rakan2 aku wish besday aku di facebook

aku sgt berterima kasih kepada mereka semua

pada pagi tu mama telefon aku byk kali

tanya sama ada aku sudah makan atau belom

mama sgt risau pasal aku....love u mama.. (^^)
pada ptg tu selepas asar aku bertolak pulang ke unisel..


28 September (di malam hari)
Tibanya aku di unisel..
gembiranya dapat jumpa housemates aku semula
maklumla seminngu cuti...rindu kat diorang
balik2 je tgk atas meja byk kuih raya
tambah dgn kuih raya yang aku bawak
mmg lagi tambah penoh
malam tu aku jamah sedikit mihun sup bersama housemate aku
malam tu juga aku da janji ngan ima, ziera dgn dayah utk group discussion di rumah aku
siapa sangka malam itu terjadi perkara2 yang kita tak boleh duga...

830 malam, ima dan ziera tiba di rumah aku
sementara menunggu dayah tiba kami pun bincang terlebih dahulu
kami berborak dan berbincang seperti biasa
housemates aku pun sumenyer happy2 belaka dan sibuk

dalam pukul 930 camtu seingat aku la
aku terbau benda terbakar aku pun cakap la
"eh ada bau tak?? benda terbakar"
bau tu sangat kuat dalam rumah
aku ngan housemates aku cpt2 tutup dan cabut semua plug
tp raby ckp "eh! bau tu kuat dari balik aku la.."
aku soh dia cpt tutup plug...tp ble aku toleh kanan terkejut aku!!!
fan regulator berasap!!! kecoh satu rumah..
aku cepat2 lari capai kotak utama terus tutup suis utama!!!!
Arghhhhhh!!! Sume menjerit sbb gelap...hahahah!!
mmg lucu tp takut jugak bahaya ni blh terbakar rumah...
dlm kegelapan dan sunyi tu sume tertanya
"nak buat camne ni??"

Aku teringat peristiwa sem lepas
yang mane lampu bilik air terbakar
menyebabkan rumah kitorang blackout automatic
dan menyebabkan 6 org sume tido di bilik aku
sbb bilik aku je yang selamat dan tak blackout
dan waktu tu aku ade amek nombor tepon pak guard
sbb tu dan dgn segera aku, ima ngan ziera turun
nak ke pondok pengawal nak cari pak guard...
mase aku turun...
aku tgh cari no tepon pak guard kat dlm contact henpon aku
aku tak sedar ape pun di depan aku
"bedebuk!! ahh..adeh.. (suara kecik aku)"
aku jatuh tergelincir sbb
tak sedar ade takungan air kat lantai
ima ngan ziera terkejut tp ktorg gelak same2
rase sakit di kaki tapi aku tahan..
aku pun call pak guard soh dtg blok aku cepat!!
Alhamdulillah..pak guard dtg rumah periksa
kami semua mintak tlg pak guard tu panggilkan maintenance
Terima kasih kepada pak guard dan maintenance
sbb tolong baiki semula fan regulator tu...
dan kami semua sambung kerja kami mcm biase..

Dalam kekalutan malam tu mmg ade byk benda lawak yang jadik dlm mase yang sama..aku teringat ziera ckp kat aku "aku x sangka benda ni jadik kat ko mase besday ko" hahahah!! mmg aku sendiri pun x sangka... kejadian ni mmg akan diingati sampai bila2.. (^^)

Tuesday, September 8, 2009

Alhamdulillah...

Hari ini da masuk 18 Ramadhan dan sudah 18 hari aku berpuasa..Alhamdulillah... Bile masuk bab2 bulan Ramadhan dan Syawal pun da nak dekat...rasa syahdu jer... Entry kali ni...Hati ini nak bicara tentang kehilangan. Aku ada ramai kawan, tapi ada antara kawan2 aku tidak seberapa bernasib baik. Aku sgt kagum dan hormat kepada mereka. Aku juga tertanya..."bagaimanakah mereka meneruskan hidup tanpa ibu atau ayah mereka?"

Ada dia antara kawan aku yang sudah kehilangan ibu atau ayah. Dibandingkan dgn diri aku, aku masih lagi bertuah.. Jika aku berada di tempat mereka, "adakah aku boleh teruskan hidup aku?"

Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang mulia, tp aku dan keluargaku merasai kehilangan ketika bulan Ramadhan.

Pada 14 Ramadhan ketika aku form 1, atok (belah mama) aku meninggal dunia akibat kemalangan. Sepi dan sunyi raya tanpa atok..sebab selalunye atok yang rajin menganyam ketupat. Aku masih teringat setiap kali kami tiba di kampung utuk beraya, atok mesti ade kat depan umah anyam ketupat. Atok bukan saje anyam ketupat tyme raye pose..tyme raye haji pun atok anyam ketupat gak.

Ketika aku form 3 (24 Disember 2004; 2 hari sebelum tragedi tsunami) atok aku yang lebih dikenali sbg tok bong (belah abah) pula meninggal dunia sbb sakit. Malam sebelum atok aku meninggal aku susah nak tido terasa mcm ade yang x kena nak jadi... Sekali lagi raya aku terasa sepi lagi...

Pada 14 Ramadhan ketika aku masih study tyme foundation sem 1, opah (belah mama) pula meninggal dunia akibat kanser rahim.. Mmg sgt terase sbb thun sebelum tu kami beraya dgn gembira skali.. Pagi 14 Ramadhan tu, aku tgh mandi nak siap2 ke kelas grammar...lepas aku mandi aku dapat msg dari mama bebunyi, "opah meninggal pg td lepas sahur..mama ngan abah terpakse blik kg x sempat nak ambik awak". Saat tu air mata aku mengalir x henti2...aku menangis dan jgk marah ckp "nape mama x amek wawa??" Aku bersendiri di dlm bilik waktu tu dan menangis bersendiri...lalu aku capai yassin dan membaca yassin utk opah...sekali lagi raya aku sgt sepi...aku juga msg rakan baik aku ttg perkara itu.. Sebelum aku gi kelas..sahabat aku blik ke ostel secepat mungkin...saat aku melihat wajah sahabat aku...tiba2 air mata aku megalir tanpa henti...sahabat aku terus memelukku dan menenangkan aku... Kehilangan opah merupakan tamparan yang paling besar pada aku. Aku terkilan tidak dapat melihat wajah jenazah opah..dan aku cuma berpeluang melawat kubur opah ketika raya...

Mama ngan abah, dua2 da xde ibu bapa...melihat wajah mama ngan abah yang sedih waktu raya membuatkan aku rasa sedih juga... Aku blh bayangkan yang aku juga akan menghasilkan wajah yang sama kalo aku kehilangan mama dan abah... Setiap tahun aku tertanya-tanya dan berfikir
adakah Ramadhan dan Syawal ku tahun ini akan sempurna?

Selagi mama ngan abah ada aku akan hargai mereka sebaik yang boleh.. Ya Allah..aku bersyukur, ibu bapa ku masih ada di sisiku.. Syukur, Alhamdulillah juga aku dikurniakan 2 ibu bapa angkat...Alhamdulillah...

Tuesday, September 1, 2009

Mushrooms

"Bagai cendawan tumbuh selepas hujan" Gambar ni di ambil bulan lepas..tiba2 je ade byk cendawan tumbuh kat rumput tepi pagar umah..huhuhu..pelik~~ tapi cantik sgt2, putih jer.. hehehe... tp skang ni da xde da..cendawan2 ni da mati... huhuhu....(T_T)




Perangai kucing-kucingku...

Pelik x?? Baring kat perut mak tp bhgian bertentangan.. hehehe.. (^^)

comey...n so sweet...


Suke dok dlm bakul sampah..


Suke dok dlm kasut abah..

Sunday, August 30, 2009

Ya Allah..berikanla kekuatan kepada ibuku, keluargaku dan diriku..

Mama demam..tu yang aku boleh ungkapkan..sudah seminggu dah.. Semua ni mula, ari slase lepas lepas aku balik ke unisel...mama pun mule jatuh saket... Aku call mama ari khamis pastu mama citer yang mama x sihat, da gi klinik, da amek ubat, da kena inject lg... Weekend ni aku balik umah, aku tgk mama makin sakit trok..tiap2 ari x blh nk mkn dan muntah2..Abah, Aa ngan aku puas pujuk mama gi ospital or check ngan doktor lagi skali.. Mama x boleh nak pose.. Aku rase sedih je tgk mama...Ya Allah..berikanla kekuatan kepada mama, supaya mama blh lawan penyakit tu.. berikanla kekuatan kepada kami sekeluarga supaya kami boleh bantu mama.. Mama, please hold on..bertahan la.. Wawa rase sedih tgk mama sakit... Wawa nak mama cpt sembuh..

"Ya Allah..aku berdoa pada mu...agar berikanla kesembuhan pada mama..aku nak tgk mama sihat dan ceria mcm biasa..." (T_T)

Asam dan Garam

Sudah masok minggu ke-3 permulaan sem baru di mana aku masok 2nd year dan da nk masok minggu ke-2 berpuasa..banyak yang da jadi pada aku dlm tempoh ni..yang baek dan mahupun yg sedih..namun itulah asam garam hidup ni..huhuhu...apepun aku kena semangat.. Secara ringkas aku ceritakan...

Alhamdulillah..namun bermulanya..
Masok tahun2 sem 1, aku da meningkat dewasa..tapi masih lg perangai mcm kanak2..hehehe.. Permulaan sem, Alhamdulillah...aku masih dpt duduk sama dgn housemate sama sem lepas..
Mmg kami da merancang nk bersama, tp x disangka kami dpt bersama dan dpt dok kat umah yang same lg.. Alhamdulillah, aku bersyukur sgt2.. Walaupun, sem lps sem pendek byk yg kami berkongsi bersama..Insya Allah..aku berdoa supaya kami dpt serumah lagi untuk sem2 akan dtg..

Timetable..maybe not so easy..
Mula sem mesti sibuk..hahaha!! Walaupun kelas blom mule aku da dpt byk msg psl meeting tu la, meeting ni lah..tired~~ Jadual kelas aku agak lapang...tp mungkin ade penat ckit.. tapi yg penting pengurusan!!!

"WE QUIT"
Hahaha!! Aku quote dr ayat kwn aku.. The captain and generals of 4B quit.. Akhirnya, da setahun ktorang pegang jwtn dan jaga kelas same2..mmg ade sukarnyer.. Aku pun bersyukur akhirnyer aku dpt lepaskan jawatan assisstant class rep. Ade suka duka pegang jwtn ni.. tp aku rase da tiba masa aku lepaskannya dan bg pada org lain.. Ramai yg tanye.."wawa nape ko letak jawatan?" hmmm.....secara ringkasnye aku blom jawab pd org laen.. Aku letak jawatan sbb aku da mula busy, aku ade komitmen laen yg aku kena laksanakan dlm unisel dan lgpun tempoh setahun tu da cukup lama aku pegang jawatan tu..it's time to give others chance... I want others to learn on the responsibilities of being the captain and generals of class. Kalo ade yang x puas ati.. wawa minta maaf sgt.. Sepanjang wawa jadi ass. class rep kalo ada salah silap yang wawa buat.. wawa mohon maaf banyak2... Ape harapan wawa, korang berilah kerjasama yang utuh kat captain ngan generals baru kita... V(^_^)V

Finally, its begin..
Kalo start sem mesti da mule mencurah-curah assignments kan?? huhuhu.. banyak gler assignments.. Sem ni aku kena wat lg lesson plan ngan microteaching..jeez!! teringat mase klaz mdm Jega dulu..hopefully aku blh wat yang terbaik dis sem..there's also public speaking... for dis subject keje aku cakap je... I need to do lots of oral presentaion...speech and also impromptu speech...huhuhuhu.. Insya Allah aku blh buat yang terbaik.. Ya Allah...bantulah hamba mu.. berilah kekuatan kepada aku..

Ramadhan karim..
Bulan ini bulan puasa!! Yay!! Alhamdulillah...akhirnya tiba bulan yang mulia.. Aku harapkan dalam bulan ni aku dapat tunaikan byk ibadah kpd Allah s.w.t. Aku juga berdoa agar aku dlm bulan ini aku dapatkan sucikan diri aku dari dosa2 yg lepas dan juga aku memiliki iman yang teguh.. Insya Allah.. AMIN~~ Bulan pose ni mcm2 penyakit dtg..aku ni sememangnye gastrik dlm bulan pose ni la ketara terase pedih perut..namun semangat aku masih kuat..kalo blh aku xkan biarkan gastrik itu menghalang aku menunaikan ibadah aku.. Semput~~ hahaha!! rase2 nyer ramai kawan yang tau kenape... tiap2 ari yang ade klaz mesti nk kena panjat tingkat 2 gi klaz..lif pulak rosak..naik tangge la maknenyer..memang semput..lg satu berjalan dr fakulti ke canceleri mmg penat..semput gak tu..aleh2 aku balik ostel tido..hahaha!! maklumler bilik aku kt ostel tu da mcm ade air-cond walhal kipas level 2 je..sejuk~~ tu yang sodap tido.. hehehe...

Duit!!!
Cakap psl duit org mesti happy kan..tp aku Ya Allah...x tau nak ckp ape.. Sume ni bermula pasal pinjaman yang aku buat..aku da lame da batalkan ptptn gara2 aku dpt MARA.. tp entah nape duit pt tu masok lg..owh tidak!!! nasebla..mara pulak x tau ape citer senyap jer.. aku gi canceleri utk 2 ari turut2...akhirnyer aku laksanakankanlah yuran aku pakai duit pt dulu.. aleh2 inbois mara aku yang da lame tunggu akhirnye kuar..Alhamdulillah..aku pun sign inbois tu.. Namun.. aku da mule risau..mcm mane aku nk settlekn utang2 tu...huhuhu.. (T_T)

Beginning..
Sem ni aku mule jinak2 ngan bisnes..Insya Allah..aku akan berusaha untuk naikkan bisnes aku lagi..tentu ramai tertanye2 nape aku beria-ia nk bisnes..semuanye bermula apabila aku kehilangan hampir RM3000 dirompak dahulu..sejak tu aku nk blaja ilmu2 bisnes dan belajar utk menghargai duit..aku nk belajar carik duit sendiri...Insya Allah sebarang update psl bisnes aku, akanku post dlm blog ini..nantikan.. Insya Allah.. dgn usaha aku akan cuba yang terbaik.. Terima kasih kpd housemates yang beri semangat kpd aku utk mulekan bisnes, kepada seorg sahabat yang membimbing aku psl bisnes ni, kpd kawan2 yang menjadi pelanggan aku... Terima kasih banyak2..

tahun 2

Tik tok tik tok~~ sedar tak sedar aku da masok tahun 2 degree da...cepatnyer mase berlalu... Adoii~~ aku tak mude lg da ni... Dalam sebulan lg...birthday aku akan menjelma... Tahun 2 sem 1... ermm...how to say this...there are lots of unexpected things can happen...scared..every sem the challenges keep getting harder...my 2nd year....dunno what to say... Whatever it is!! Don't ever give up!! Pegang pada prinsip, mengingatkan diri "wawa!! ko kena usaha kuat!! ko kena buat yang terbaik! jangan lupa azam dan cita2 ko! jgn hampakan mama ngan abah lagi!!" Insya Allah.. aku akan cuba sedaya upaya. Sem lepas aku alami kejatuhan sedikit..sem ni aku nak cuba naikkan lagi!! Walaupun nampak mcm mustahil tp kalau aku usaha akan menjadi tidak mustahil!! Insya Allah.. AMIN~~
..........................................................................................................................................................................
Sem ni ade 6 subjek..6 subjek yg mmg sume org katakan mcm sukar
hehehehe... (aku pun...) (T_T)

Introduction to Sociolinguistics
Teaching English Grammar
Phonetics and Phonology
Teaching Techniques & Classroom Management
Reading for Academic Purposes
Public Speaking*

Subjek yang aku letak (*) tu mcm paling digeruni...huuuu~~
My anxiety will be getting higher...higher...and higher...
this subject needs me to do lots of speaking in front people..
guarhhhhhhh!!! speech~~~

Wawa!!!! Berusaha!!! Ganbatte-ne!!!

snow express

Kenapa nama blog ni snow express? Snow Express tu tajuk lagu dari favourite jpop group aku NEWS. Lagu dia sangat menarik dan lirik dia juga. Hampir tiap2 hari aku dengar dan nyanyi lagu ni. Tenyata aku mempunyai minat yang lain drpd yang lain..aku sgt meminati lagu2 jepun sejak zaman aku di bangku sekolah...zaman aku selekeh dan comot dgn baju sekolah..hehehe.. ^_^

Rasa2 nak dgr lagu ni [klik sini]


Saturday, August 29, 2009

my starting point

Hajimemashite!!
Watashiwa Sara Salwana desu..
Yoroshiku onegaishimasu!!! v(^_^)v

Aku budak baru, baru buat blog ni..hihihi..
mintak tunjuk ajar..
Niatku adalah untuk berkongsi cerita
tidak mahu menagih simpati
tidak mahu menyemai benci

Diriku hanyalah biasa
boleh dijangka dan tidak boleh dijangka
kadang-kadang banyak buat silap
dan aku tak sempurna mana

Aku tidak sehebat mana
dan aku juga ada lemahnya
tiada ape boleh dikagumi dari diri ini
sebab kita semua adalah sama

Aku mahu mencari kebahagiaan
aku juga mahu menyemai bahagia
doaku untuk semua
doaku untuk dunia

...............................................................................................................................

P/S: Kepada sesiapa yang mengenali diri ini
dan membaca blog ini
Selamat datang dan terima kasih
v(^_^)V