Pages

Sunday, December 13, 2009

Dua Puluh

"Dua Puluh". Nape tajuk entry kali ni "Dua Puluh". Umur aku ke? Hmmm... Memandangkan sekarang ni bulan disember dan tahun baru akan menjelma, aku yang berumur 20 tahun ni akan melangkah ke alam dewasa yang berumur 21 tahun nanti. Namun, entry ni bukan nak cakap pasal azam tahun baru atau pasal pengalaman hidup aku selama 20 tahun tetapi... entry kali berkaitan tentang...

20 Perkara yang Pelik/Mustahil yang Aku Teringin Nak Lakukan

Maka inilah senarai yang aku telah buat. 20 perkara yang aku rase benda tu mustahil atau pelik tapi aku teringin nak buat dalam hidup aku. Mungkin kalau aku dapat lakukan salah satu dari 20 perkara ini pun da cukup memadai... \(^^)/

1. Nak peluk anak harimau dan berguling-guling dengan anak harimau tu.

2. Nak peluk anak anjing dan berguling-guling dengan anak anjing tu (aku tau anjing tu haram kalau comey mmg tak tahan) ngee.. ;P

3. Nak try bungee jumping tertinggi di dunia!

4. Nak try sky diving antau parachute jump! (cool~~)

5. Nak try masuk rumah hantu (olok-olok) atau rumah yang memang berhantu... (ngee~seram tapi aku kena berani... =.=")

6. Nak dive dalam laut Segitiga Bermuda dengan submarine nak tengok bangkai kapal-kapal kat dasar laut tu.

7. Nak daki Gunung Kinabalu! (Yesh! impian aku selama ini!)

8. Kalo dapat tawan Gunung Kinabalu mestilah Gunung Everest pulak kan seterusnya!

9. Nak jadi pemimpin dunia dan menyatukan semua negara dan hentikan peperangan.. (perang mesti dihentikan! I HATE WAR! It's painful to see people suffering! )

10. Kalau aku ada superpower aku nak selamatkan bumi dari 'Global Warming' dan halang kehidupan daripada pupus....

11. Aku nak travel jauh berjalan kaki kat atas 'The Great Wall of China'! (jauh dan panjang tu..)

12. Aku nak discover 'Piramid' kat mesir nak tengok Mumia..

13. Nak jadi ala-ala Emile Eachart, travel naik kapal keliling dunia.. (tapi of course aku tak nak la hilang tak dikesan macam dia... hehehe.. )

14. Nak gi travel kat Japan tengok konsert NEWS, KAT-TUN, Arashi dan Hey Say JUMP! (Hehehe...nampak sangat gila JPOP Fandom aku ni..ngee.. ;P)

15. Aku nak try ski kat pergunungan salji... (nampak macam best jer...)

16. Nak tubuhkan organisasi sukarelawan yang membantu manusia yang memerlukan dan membantu kanak-kanak dan wanita yang ditindas dan miskin... (aku tau organisasi camni memang da wujud, tapi aku nak cuba bantu mereka yang lain juga...)

17. Nak jadi First Malaysian Woman yang jadi astronout.. (hahaha... memang mustahil la!)

18. Nak belajar 10 jenis bahasa asing! (hehe.. patutla aku terjebak dalam bidang bahasa..)

19. Nak jadi drifter...(ceh! lesen driving pun takde, tapi nak jadi drifter tapi macam best la!)

20. Yang ke-20 ni tak mustahil dan tak pelik, saje je include dalam list ni. Insya Allah, kalau diizinkan Allah SWT, dan ada rezeki aku nak menunaikan ibadah Haji di di tanah suci Makkah bersama keluarga ku yang tercinta... Insya Allah.. AMIN~~ (^^)

Setiap orang mesti ade impian masing-masing kan...ataupun korang pun ade gak perkara pelik yang korang nak buat. Satu nasihat! Kalau peluang ada depan mata jangan teragak-agak nak buat! Sama jugak kalau kita nak laksanakan impian kita, jangan teragak -agak dan jangan mudah putus asa. Teruskan usaha...bangkit dan laksanakan impian kamu tu walaupun ianya sukar... Tapi kalau kita berusaha pasti suatu hari nanti impian kita akan terlaksana...betul kan? V(^^)V

No comments:

Post a Comment