Pages

Wednesday, August 18, 2010

BOM!!

Semester ini, lecturer aku kalo masuk kelas suke bawa BOM!!
Yup, BOM!!
BOM ini lebih dahsyat daripada bom nuklear yang menggegarkan Hiroshima dan Nagasaki.
Bukan sekali bawa masuk BOM! Berkali-kali.....
BOM tu pula dibawa oleh 2 orang lecturer yg famous di fakulti aku...kuikuikui... (=.=")
BOM tu berbunyi begini.....

BOM no 1 :
Da lecturer 1 : "For your information, your practicum will be in March next year."

Us : "HAH! WHAT! Tak ready lagi ni.... Apakah ini??"


BOM no 2:
Da lecturer 1 : "I have discuss this with the other lecturer, setelah dikira-kira practicum anda akan dipercepatkan ke Januari tahun depan".

Us : "HAH!!! HAH!!! HAH!!! What da......"


BOM no 3:
Da lecturer 1 : "For the practicum, I want you to form group of 4. Then state the area of which place do you want to teach. Later, give it to me on NEXT WEEK!"

Us : "HAH!!! Kenapa cepat sangat???!"


BOM no 4:
Da lecturer 1 : "Ok, for the next semester you will be doing the remaining 2 subjects in 7 weeks. After that it will be your final exam. The important thing is you must already have the topic for your term paper. Before going to the practicum at least you need to hand in CHAPTER 1 & 2 for your TERM PAPER. Later, after 2-3 weeks after the first week of school you are going for the practicum!"

Us : "HAH!! WHAT!! Cepatnyer!!!!"


BOM no 5:
Da lecturer 2 : "I'm not very satisfied with the groupings. In one group, I want ONE GUY and THREE GIRLS. If possible make it MULTICULTURAL. NO COUPLES in one group! ROMBAK balik group anda-anda semua ye...."

Us : "Adeh...pening-pening! Kena rombak pulak....."


BOM no 6:

Kita nantikan bersama selepas cuti mid sem ni ye! Berkemungkinan besar, akan ada announcement tempat, group dan juga taklimat. KEJUTAN LAGI! Huhuhuhu... (=.=")

Tuesday, August 17, 2010

Sabar itu sebahagian daripada iman.

Setiap manusia dalam dunia ini ada keinginan mereka masing-masing, tidak terkecuali diri aku ini yang tak terlepas daripada menginginkan sesuatu juga. Keinginan aku bukan seperti gadis-gadis di luar sana yang menginginkan kasut, beg dan baju berjenama. Aku juga tidak menginginkan laptop handphone, gadget atau kereta baru. Bak kata aku dan kawan-kawan aku juga semua ini DUNIAWI ye!! Hehehe.... ;D

Apepun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan mampu.

Namun, aku telah pasang keinginan ini bertahun lama iaitu, kamera DSLR. Aku bukanlah jurugambar yang pro tapi aku mmg suka mengambil gambar (edit gambar, belum pandai lg..hehehe). Melihatkan seorang kawan aku, yang baru membeli NIKON d5000 tu buatkan aku menetapkan azam yang lebih kuat untuk memilki DSLR.

Sebelum itu, mari berkenalan dgn DSLR yang aku inginkan:

CANON 550d
18 megapixel
FULL HD, video record
Harga: RM3000++


NIKON d5000
12.3 megapixel
FULL HD, video record
RM2400 (mudah.my)



Memang geram melihatkan pada function dua-dua DSLR ni. Tambah lagi body hitam yang menawan dan mengiurkan ni. Sekali pegang memang takkan dilepaskan. Pilihan pertama yang berkemampuan mestilah NIKON d5000 tapi pilihan kedua yang canggih mestilah CANON 550d. Huhuhuhu......

Namun, ape yang aku perlu belajar dari keinginan aku ni ialah aku mesti bersabar. Buat seperti kita mampu. Jika kita tak mampu tak mengapa. Aku tidak mahu terikut dengan persekitaran di mana kawan-kawan sudah memiliki gadget yang canggih dan mahal. Aku tahu untuk "ukur baju di badan sendiri"

Dipetik dari kata-kata abah. "Bersabarlah.....setiap perkara yang kita inginkan suatu hari pasti kita akan dapat. Mungkin sekarang kita tak mampu, suatu hari pasti kita akan dapat memilikinya. Dulu, first gaji abah dapat, abah buat beli kamera."

Kamera yang abah beli tu adalah SLR kamera, Yashica FX-3.
Sayangnya, sudah rosak. Kalau boleh dibaiki dan boleh digunakan tentu lebih HEBAT! Ada orang pernah kata, gambar yang ditangkap menngunakan kamera SLR lama lebih cantik hasilnya dan seperti mencipta satu nostalgia yang sangat indah. Tak taula sama ada betul atau tidak sebab zaman kini sumenya da digital.

Berbalik pada kata-kata abah, sebenarnya abah nak anak-anak dia belajar untuk memiliki sesuatu dengan hasil usaha sendiri. Abah nak aku belajar menghargai duit. Abah dah beri pengajaran yang sangat berguna kepada aku. Terima kasih abah.

Seperti abah katanya, dia menggunakan gaji pertamanya untuk membeli kamera. Maka Insya Allah, suatu hari nanti aku akan mengikut jejak Abah, aku juga berharap dapat menggunakan gaji pertama aku untuk membeli DSLR yang aku inginkan.

Terlebih dahulu, aku perlu bersabar. Bak kata Abah, "Allah akan kurniakan juga kepada kita suatu hari nanti, kalau kita bersabar" Insya Allah....AMIN... (^^)

Monday, August 16, 2010

New Look!

Yatta!
Berjaya juga aku gotong-royong mengemas sawang-sawang di blog aku ni!

Alhamdulillah...
Insya Allah, akan ku rajin update post baru!
V(^^)V

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salam Ramdhan Al-Mubarak buat semua!
Mungkin agak lambat tapi...hmmm...

Insya Allah Ramadhanku kali ini mendapat keberkatan daripada Allah
Saya teringat kata-kata seorang kawan di Facebook yang berbunyi,

"Jadikanlah Ramadhan ini seperti Ramadhan yang terakhir bagi dirimu, dengan itu anda akan lebih berusaha untuk melaksanakan ibadah dengan lebih"

Insya Allah....
kerana pada Ramadhan ini aku telah menetapkan azam untuk menunaikan ibadah sebaik-baiknya yang mana aku termampu...
Sejujurnya Ramadhan membuatkan aku terasa sepi sedikit...
Sebagaimana dlm post yabg terdahulu
Arwah opah dan atukku meninggalkan kami sekeluarga di bulan Ramadhan
Aku menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan juga titisan air mata...

Sunday, August 15, 2010

Hachooooo!!!~~

Berape bulan ye?
Ataupun berapa tahun ye?
Erkk...lama gak aku tak update blog aku ni
Penuh sawang!!!

Marilah cuti seminggu saya bergotong-royong!
Yeah! Ganbatte-ne!
YOSH! \(^^)/



Thursday, March 18, 2010

Disiplin!

Aku tertarik dengan ayat yang dikeluarkan oleh seorang kawan sekolahku sebagai statusnya di Facebook.

"Orang Jepun sudah tentu merupakan orang yang berdisiplin, bertatatertib dalam cara mereka sendiri, dalam cara mereka bertabik dan menyapa ketua mereka. Kesemua ini meninggalkan kesan ke atas diri saya dan MEYAKINKAN SAYA BAHAWA DENGAN DISIPLIN ANDA BOLEH MENGUASAI HAMPIR SEGALA PERKARA (DR.M,1999)"

Ini merupakan kata2 Dr. M ketika dia memperkenalkan 'Dasar Pandang ke Timur'. Aku memang meminati Jepun, dari muzik ke drama, komik, anime dan filem. Aku selalu menonton drama2 Jepun, ternyata aku hormat akan orang Jepun tentang satu perkara. Mereka sangat berdisiplin dan sangat tepati masa. Orang Jepun memang terkenal dgn sikap tepati masanya.

Namun, bagaimana dengan rakyat Malaysia? Memang sukar nak jumpa seperti orang2 Jepun tu. Ape yang aku ingin katakan bukan untuk memerli malah sebagai renungan kepada diri sendiri. Aku akui, aku juga sangat bermasalah dalam pengurusan masa dan disiplin. Mama dgn Abah selalu bising aku siap lambat, aku kerja lambat dan segalanya lambat. Adeh~ Memang Mama dgn Abah sangat geram dgn diri aku yg lambat ni...

Kadang2 aku pun pernah geram kalau menanti orang2 yang susah tepati masa ni.. Walhal, diri aku pun sama gak... Hmmm~~

Apeun, aku rasa aku memerlukan masa untuk belajar... Aku nak mempunyai sikap2 seperti orang Jepun, BERDISIPLIN dan TEPATI MASA! Harap2 boleh!

Feeling down~~

"Mulut tempayan boleh ditutup, inikan pula mulut manusia...."

Itulah pepatah yang sesuai dengan situasi yang aku alami sekarang ini.
Gosip dan manusia memang sukar dipisahkan..
Kadang2 aku pun bergosip..
Namun, bagi diri ku kesabaran untuk menghadapi gosip ini ada batas nya juga..
Selama ini, aku cuma pekakkan telinga dari mendengar gosip2 tentang diriku..
Biasalah bagi diriku "lantakla ape org nak kata!"
Agak lama aku bersabar dengan gosip2 semua ni..
Orang di sekeliling aku buat pelbagai andaian dan gosip tentang diriku
Walaupun bagi mereka ini hanya suka-suka dan aku pun anggap ia sebagai gurauan
Namun, ianya memedihkan apabila ia bermula dgn sekeping gambar di Facebook
Ternyata, belang mereka terserlah...
Pelbagai ragam dan komen diluahkan sebagai respon kepada gambar tersebut..
Ternyata, kesabaran ku di tahap yang terakhir...
Aku hanya berdiam diri dan buat tidak kisah..
Namun, sebenarnya pedih dalam hati ini...
Ada pepatah mengatakan, "One picture tells thousand of stories".
Ternyata benar....
Anggapan yang diluahkan tentang gambar itu sudah seperti berbau fitnah..
Maka....aku perlu ambil jalan penyelesaian...
Diharapkan agar fitnah ini tidak berpanjangan...

"Ya Allah, aku berdoa agar peliharalah diriku dari fitnah dan umpatan manusia"

Mama, wawa rasa down sangat lately terasa nak makan Tom Yam masakan mama.. (T.T)

Saturday, March 6, 2010

Play the record again!

Hari ini aku di teratak ibu dan ayahku
Bergembira online!
Niat untuk online mahu mencari download soundtrack untuk kegunaan teater nanti
Namun, aku terdownload album ABBA GOLD
Wah! Memang agak lama da tak dengar lagu-lagu ABBA ni
Seronok! Siap menyanyi dan menari depan lappy lagi..Hahaha.. (^^)
Lagu-lagu ABBA memang kegemaran aku dari dulu lagi
Macam mana aku boleh minat ABBA??
Semuanya gara-gara Abah (terima kasih Abah!)
Abah memang pakar bab lagu-lagu Evergreen ni
Kalo ditanya dia, dia siap citer lagi
Lagu tu kuar tahun bile...sejarah waktu first time dia dengar lagu tu....
Abah memang hebat! Kalo dok dalam kereta pastu dengar SINAR.fm
Mula lah Abah buka sejarah yang ada kaitan ngan lagu-lagu tu.
Aku ingat lagi masa aku kecik,
Abah selalu mainkan lagu-lagu menggunakan player piring hitam
Mainkan koleksi-koleksi piring hitam yang dia ada
[Player piring hitam masih wujud kat umah lagi tapi da rosak]
[Rekod-rekod piring hitam pula masih tersusun kat almari lagi]
Ok berbalik pada ABBA...
Abah dulu selalu mainkan rekod ABBA masa aku kecik
Pelan-pelan lagu-lagu ABBA 'absorb' dalam diri aku
Lagi tambah minat bila zaman DVD player mula wujud
Abah beli DVD video ABBA siap lirik lagi!!
Menyanyi dgn riang aku!
Masa aku sekolah menengah..
Aku pernah curik-curik pinjam CD ABBA kepunyaan Abah
Pastu main kat CD player sekuatnya, dengar di earphone sambil study
Malam ni pula aku memperbaharui blog aku
Dan taip entry baru sambil dengar lagu-lagu ABBA sekuat hati!
Memang gembira macam takde masalah je!
Rasa 'stress' sbb keje-keje teater pun kurang bila dengar lagu-lagu ABBA


(Gambar ABBA masa muda tahun 1972)

Cakap pasal ABBA memang aku tak tau sangat sejarah dia
Abah memang tau banyak la
Tapi ape yang aku tau nama ABBA ni datang dari nama ahli-ahli dia

Anni-Frid (Frida)
Bjorn
Benny
Agnetha
[ABBA]


Antara lagu-lagu ABBA yang aku minat sangat:
Dancing Queen
Knowing Me, Knowing You
Take a Chance on Me
Mamma Mia
Lay All Your Love on Me
Super Trouper
I Have a Dream
Money, Money, Money
S.O.S
Voulez-Vouz
Gimme! Gimme! Gimme! (A Man After Midnight)
One of Us
Thank You for the Music

ABBA FOREVER~~~

Alamak!

Agak lama aku tinggalkan blog ni
Gara-gara sibuk dengan kerja-kerja teater
Adeh~~ Memang penat
Baru la aku ada peluang nak bersihkan sawang-sawang kat blog aku ni
Namun, aku akan cuba aktif kembali
Kembali dengan wajah baru!
V(^^)V

Saturday, February 6, 2010

no words

Sudah lama tak ada entry baru, aku sendiri pun sukar untuk menceritakan segalanya di sini, ini kerana aku tak pandai menyusun kata-kata dan aku juga tidak pandai meluahkan kisah yang menarik. Banyak perkara yang terjadi pada diriku tapi aku sukar nak ungkapkan bukan kerana tidak mahu tetapi tidak tahu. Akhirnya, aku menelan semuanya bersendirian..

Jika ada yang membaca status di facebook aku, aku ada mengatakan bahawa,

"Nowadays, most people look very calm in front of you, but if you open their page on facebook and blogs, it tells you a very different story... Everyone like to express their feeling on the net including me.. "

Terima kasih kepada semua yang 'like' dan setuju dgn status tu. Tapi aku sedar, aku pun ada byk perkara yg nak dikatakan namun aku bingung.... Sejujurnya, aku ni jenis yang bersendiri dan pendiam dan aku juga sukar hendak meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa aku. Aku sendiri menggunakan medium seperti facebook dan blog untuk meluahkan segalanya. Namun....ape yang perlu aku ceritakan di dalam blog ini?? I'm confused and don't have any idea. It seems that I'm running out of all the words that I can use to tell my story to others.. Maaf..

Wednesday, January 6, 2010

sinki dapur??

Petang tadi aku tengah mengerjakan pinggan mangkuk yang penuh kat sinki.

Mama pula tgh menggoreng pisang goreng

Waktu aku tgh basuh pinggan

TIBA-TIBA!!!!!!!

ada satu makhluk panjang dan mengerikan muncul kat sinki dapur


Aku: Wargh!! Mama!! Lipan!! Besar!! Panjang!!

Mama: Gi amek pisau ke ape ke....Nah pegang ni!

Aku: (pegang penyepit tolong tengokkan pisang goreng dalam kuali)

Mama: (hentak dan bunuh lipan sekuat ati dgn pisau tu)

DANG! DANG! DANG! (bunyi hentakan pisau dalam sinki)

Aku: Dah mati ke lipan tu mama? Kite masukkan dalam kuali ni nak tak? (merujuk kepada kuali yang aku tgh goreng pisang ni)

Mama: Boleh gak! Hehehehe...

Lipan paling panjang pernah aku jumpa. Ukuran maybe dalam 5cm - 6 cm. Da mati dilenyek dan dihentak oleh pisau yang dipegang oleh mama.


Now we are at the crime scene! Ni dia lipan yang telah mati dihentak dan dilenyek dengan pisau besar sebelahnya yang merupakan senjata pembunuhan. My mom the best killer!! Go Mama!!!

p/s: Waktu amek dua-dua gambar ni, rase berdebar-debar sebab kaki lipan tu bergerak- gerak!