Pages

Thursday, March 18, 2010

Disiplin!

Aku tertarik dengan ayat yang dikeluarkan oleh seorang kawan sekolahku sebagai statusnya di Facebook.

"Orang Jepun sudah tentu merupakan orang yang berdisiplin, bertatatertib dalam cara mereka sendiri, dalam cara mereka bertabik dan menyapa ketua mereka. Kesemua ini meninggalkan kesan ke atas diri saya dan MEYAKINKAN SAYA BAHAWA DENGAN DISIPLIN ANDA BOLEH MENGUASAI HAMPIR SEGALA PERKARA (DR.M,1999)"

Ini merupakan kata2 Dr. M ketika dia memperkenalkan 'Dasar Pandang ke Timur'. Aku memang meminati Jepun, dari muzik ke drama, komik, anime dan filem. Aku selalu menonton drama2 Jepun, ternyata aku hormat akan orang Jepun tentang satu perkara. Mereka sangat berdisiplin dan sangat tepati masa. Orang Jepun memang terkenal dgn sikap tepati masanya.

Namun, bagaimana dengan rakyat Malaysia? Memang sukar nak jumpa seperti orang2 Jepun tu. Ape yang aku ingin katakan bukan untuk memerli malah sebagai renungan kepada diri sendiri. Aku akui, aku juga sangat bermasalah dalam pengurusan masa dan disiplin. Mama dgn Abah selalu bising aku siap lambat, aku kerja lambat dan segalanya lambat. Adeh~ Memang Mama dgn Abah sangat geram dgn diri aku yg lambat ni...

Kadang2 aku pun pernah geram kalau menanti orang2 yang susah tepati masa ni.. Walhal, diri aku pun sama gak... Hmmm~~

Apeun, aku rasa aku memerlukan masa untuk belajar... Aku nak mempunyai sikap2 seperti orang Jepun, BERDISIPLIN dan TEPATI MASA! Harap2 boleh!

Feeling down~~

"Mulut tempayan boleh ditutup, inikan pula mulut manusia...."

Itulah pepatah yang sesuai dengan situasi yang aku alami sekarang ini.
Gosip dan manusia memang sukar dipisahkan..
Kadang2 aku pun bergosip..
Namun, bagi diri ku kesabaran untuk menghadapi gosip ini ada batas nya juga..
Selama ini, aku cuma pekakkan telinga dari mendengar gosip2 tentang diriku..
Biasalah bagi diriku "lantakla ape org nak kata!"
Agak lama aku bersabar dengan gosip2 semua ni..
Orang di sekeliling aku buat pelbagai andaian dan gosip tentang diriku
Walaupun bagi mereka ini hanya suka-suka dan aku pun anggap ia sebagai gurauan
Namun, ianya memedihkan apabila ia bermula dgn sekeping gambar di Facebook
Ternyata, belang mereka terserlah...
Pelbagai ragam dan komen diluahkan sebagai respon kepada gambar tersebut..
Ternyata, kesabaran ku di tahap yang terakhir...
Aku hanya berdiam diri dan buat tidak kisah..
Namun, sebenarnya pedih dalam hati ini...
Ada pepatah mengatakan, "One picture tells thousand of stories".
Ternyata benar....
Anggapan yang diluahkan tentang gambar itu sudah seperti berbau fitnah..
Maka....aku perlu ambil jalan penyelesaian...
Diharapkan agar fitnah ini tidak berpanjangan...

"Ya Allah, aku berdoa agar peliharalah diriku dari fitnah dan umpatan manusia"

Mama, wawa rasa down sangat lately terasa nak makan Tom Yam masakan mama.. (T.T)

Saturday, March 6, 2010

Play the record again!

Hari ini aku di teratak ibu dan ayahku
Bergembira online!
Niat untuk online mahu mencari download soundtrack untuk kegunaan teater nanti
Namun, aku terdownload album ABBA GOLD
Wah! Memang agak lama da tak dengar lagu-lagu ABBA ni
Seronok! Siap menyanyi dan menari depan lappy lagi..Hahaha.. (^^)
Lagu-lagu ABBA memang kegemaran aku dari dulu lagi
Macam mana aku boleh minat ABBA??
Semuanya gara-gara Abah (terima kasih Abah!)
Abah memang pakar bab lagu-lagu Evergreen ni
Kalo ditanya dia, dia siap citer lagi
Lagu tu kuar tahun bile...sejarah waktu first time dia dengar lagu tu....
Abah memang hebat! Kalo dok dalam kereta pastu dengar SINAR.fm
Mula lah Abah buka sejarah yang ada kaitan ngan lagu-lagu tu.
Aku ingat lagi masa aku kecik,
Abah selalu mainkan lagu-lagu menggunakan player piring hitam
Mainkan koleksi-koleksi piring hitam yang dia ada
[Player piring hitam masih wujud kat umah lagi tapi da rosak]
[Rekod-rekod piring hitam pula masih tersusun kat almari lagi]
Ok berbalik pada ABBA...
Abah dulu selalu mainkan rekod ABBA masa aku kecik
Pelan-pelan lagu-lagu ABBA 'absorb' dalam diri aku
Lagi tambah minat bila zaman DVD player mula wujud
Abah beli DVD video ABBA siap lirik lagi!!
Menyanyi dgn riang aku!
Masa aku sekolah menengah..
Aku pernah curik-curik pinjam CD ABBA kepunyaan Abah
Pastu main kat CD player sekuatnya, dengar di earphone sambil study
Malam ni pula aku memperbaharui blog aku
Dan taip entry baru sambil dengar lagu-lagu ABBA sekuat hati!
Memang gembira macam takde masalah je!
Rasa 'stress' sbb keje-keje teater pun kurang bila dengar lagu-lagu ABBA


(Gambar ABBA masa muda tahun 1972)

Cakap pasal ABBA memang aku tak tau sangat sejarah dia
Abah memang tau banyak la
Tapi ape yang aku tau nama ABBA ni datang dari nama ahli-ahli dia

Anni-Frid (Frida)
Bjorn
Benny
Agnetha
[ABBA]


Antara lagu-lagu ABBA yang aku minat sangat:
Dancing Queen
Knowing Me, Knowing You
Take a Chance on Me
Mamma Mia
Lay All Your Love on Me
Super Trouper
I Have a Dream
Money, Money, Money
S.O.S
Voulez-Vouz
Gimme! Gimme! Gimme! (A Man After Midnight)
One of Us
Thank You for the Music

ABBA FOREVER~~~

Alamak!

Agak lama aku tinggalkan blog ni
Gara-gara sibuk dengan kerja-kerja teater
Adeh~~ Memang penat
Baru la aku ada peluang nak bersihkan sawang-sawang kat blog aku ni
Namun, aku akan cuba aktif kembali
Kembali dengan wajah baru!
V(^^)V