Pages

Saturday, March 6, 2010

Play the record again!

Hari ini aku di teratak ibu dan ayahku
Bergembira online!
Niat untuk online mahu mencari download soundtrack untuk kegunaan teater nanti
Namun, aku terdownload album ABBA GOLD
Wah! Memang agak lama da tak dengar lagu-lagu ABBA ni
Seronok! Siap menyanyi dan menari depan lappy lagi..Hahaha.. (^^)
Lagu-lagu ABBA memang kegemaran aku dari dulu lagi
Macam mana aku boleh minat ABBA??
Semuanya gara-gara Abah (terima kasih Abah!)
Abah memang pakar bab lagu-lagu Evergreen ni
Kalo ditanya dia, dia siap citer lagi
Lagu tu kuar tahun bile...sejarah waktu first time dia dengar lagu tu....
Abah memang hebat! Kalo dok dalam kereta pastu dengar SINAR.fm
Mula lah Abah buka sejarah yang ada kaitan ngan lagu-lagu tu.
Aku ingat lagi masa aku kecik,
Abah selalu mainkan lagu-lagu menggunakan player piring hitam
Mainkan koleksi-koleksi piring hitam yang dia ada
[Player piring hitam masih wujud kat umah lagi tapi da rosak]
[Rekod-rekod piring hitam pula masih tersusun kat almari lagi]
Ok berbalik pada ABBA...
Abah dulu selalu mainkan rekod ABBA masa aku kecik
Pelan-pelan lagu-lagu ABBA 'absorb' dalam diri aku
Lagi tambah minat bila zaman DVD player mula wujud
Abah beli DVD video ABBA siap lirik lagi!!
Menyanyi dgn riang aku!
Masa aku sekolah menengah..
Aku pernah curik-curik pinjam CD ABBA kepunyaan Abah
Pastu main kat CD player sekuatnya, dengar di earphone sambil study
Malam ni pula aku memperbaharui blog aku
Dan taip entry baru sambil dengar lagu-lagu ABBA sekuat hati!
Memang gembira macam takde masalah je!
Rasa 'stress' sbb keje-keje teater pun kurang bila dengar lagu-lagu ABBA


(Gambar ABBA masa muda tahun 1972)

Cakap pasal ABBA memang aku tak tau sangat sejarah dia
Abah memang tau banyak la
Tapi ape yang aku tau nama ABBA ni datang dari nama ahli-ahli dia

Anni-Frid (Frida)
Bjorn
Benny
Agnetha
[ABBA]


Antara lagu-lagu ABBA yang aku minat sangat:
Dancing Queen
Knowing Me, Knowing You
Take a Chance on Me
Mamma Mia
Lay All Your Love on Me
Super Trouper
I Have a Dream
Money, Money, Money
S.O.S
Voulez-Vouz
Gimme! Gimme! Gimme! (A Man After Midnight)
One of Us
Thank You for the Music

ABBA FOREVER~~~

No comments:

Post a Comment