Pages

Thursday, March 18, 2010

Disiplin!

Aku tertarik dengan ayat yang dikeluarkan oleh seorang kawan sekolahku sebagai statusnya di Facebook.

"Orang Jepun sudah tentu merupakan orang yang berdisiplin, bertatatertib dalam cara mereka sendiri, dalam cara mereka bertabik dan menyapa ketua mereka. Kesemua ini meninggalkan kesan ke atas diri saya dan MEYAKINKAN SAYA BAHAWA DENGAN DISIPLIN ANDA BOLEH MENGUASAI HAMPIR SEGALA PERKARA (DR.M,1999)"

Ini merupakan kata2 Dr. M ketika dia memperkenalkan 'Dasar Pandang ke Timur'. Aku memang meminati Jepun, dari muzik ke drama, komik, anime dan filem. Aku selalu menonton drama2 Jepun, ternyata aku hormat akan orang Jepun tentang satu perkara. Mereka sangat berdisiplin dan sangat tepati masa. Orang Jepun memang terkenal dgn sikap tepati masanya.

Namun, bagaimana dengan rakyat Malaysia? Memang sukar nak jumpa seperti orang2 Jepun tu. Ape yang aku ingin katakan bukan untuk memerli malah sebagai renungan kepada diri sendiri. Aku akui, aku juga sangat bermasalah dalam pengurusan masa dan disiplin. Mama dgn Abah selalu bising aku siap lambat, aku kerja lambat dan segalanya lambat. Adeh~ Memang Mama dgn Abah sangat geram dgn diri aku yg lambat ni...

Kadang2 aku pun pernah geram kalau menanti orang2 yang susah tepati masa ni.. Walhal, diri aku pun sama gak... Hmmm~~

Apeun, aku rasa aku memerlukan masa untuk belajar... Aku nak mempunyai sikap2 seperti orang Jepun, BERDISIPLIN dan TEPATI MASA! Harap2 boleh!

1 comment:

  1. salam cik wawa!
    aaa sokka...
    setuju2..
    saye juge slalu kn dgn mak abah.
    "kamu buat keje tu pantas sikit boleh tak? macam mane kalau dah keje besok?"
    adoii...=_='

    ReplyDelete