Pages

Tuesday, August 17, 2010

Sabar itu sebahagian daripada iman.

Setiap manusia dalam dunia ini ada keinginan mereka masing-masing, tidak terkecuali diri aku ini yang tak terlepas daripada menginginkan sesuatu juga. Keinginan aku bukan seperti gadis-gadis di luar sana yang menginginkan kasut, beg dan baju berjenama. Aku juga tidak menginginkan laptop handphone, gadget atau kereta baru. Bak kata aku dan kawan-kawan aku juga semua ini DUNIAWI ye!! Hehehe.... ;D

Apepun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan mampu.

Namun, aku telah pasang keinginan ini bertahun lama iaitu, kamera DSLR. Aku bukanlah jurugambar yang pro tapi aku mmg suka mengambil gambar (edit gambar, belum pandai lg..hehehe). Melihatkan seorang kawan aku, yang baru membeli NIKON d5000 tu buatkan aku menetapkan azam yang lebih kuat untuk memilki DSLR.

Sebelum itu, mari berkenalan dgn DSLR yang aku inginkan:

CANON 550d
18 megapixel
FULL HD, video record
Harga: RM3000++


NIKON d5000
12.3 megapixel
FULL HD, video record
RM2400 (mudah.my)



Memang geram melihatkan pada function dua-dua DSLR ni. Tambah lagi body hitam yang menawan dan mengiurkan ni. Sekali pegang memang takkan dilepaskan. Pilihan pertama yang berkemampuan mestilah NIKON d5000 tapi pilihan kedua yang canggih mestilah CANON 550d. Huhuhuhu......

Namun, ape yang aku perlu belajar dari keinginan aku ni ialah aku mesti bersabar. Buat seperti kita mampu. Jika kita tak mampu tak mengapa. Aku tidak mahu terikut dengan persekitaran di mana kawan-kawan sudah memiliki gadget yang canggih dan mahal. Aku tahu untuk "ukur baju di badan sendiri"

Dipetik dari kata-kata abah. "Bersabarlah.....setiap perkara yang kita inginkan suatu hari pasti kita akan dapat. Mungkin sekarang kita tak mampu, suatu hari pasti kita akan dapat memilikinya. Dulu, first gaji abah dapat, abah buat beli kamera."

Kamera yang abah beli tu adalah SLR kamera, Yashica FX-3.
Sayangnya, sudah rosak. Kalau boleh dibaiki dan boleh digunakan tentu lebih HEBAT! Ada orang pernah kata, gambar yang ditangkap menngunakan kamera SLR lama lebih cantik hasilnya dan seperti mencipta satu nostalgia yang sangat indah. Tak taula sama ada betul atau tidak sebab zaman kini sumenya da digital.

Berbalik pada kata-kata abah, sebenarnya abah nak anak-anak dia belajar untuk memiliki sesuatu dengan hasil usaha sendiri. Abah nak aku belajar menghargai duit. Abah dah beri pengajaran yang sangat berguna kepada aku. Terima kasih abah.

Seperti abah katanya, dia menggunakan gaji pertamanya untuk membeli kamera. Maka Insya Allah, suatu hari nanti aku akan mengikut jejak Abah, aku juga berharap dapat menggunakan gaji pertama aku untuk membeli DSLR yang aku inginkan.

Terlebih dahulu, aku perlu bersabar. Bak kata Abah, "Allah akan kurniakan juga kepada kita suatu hari nanti, kalau kita bersabar" Insya Allah....AMIN... (^^)

No comments:

Post a Comment