Pages

Sunday, December 6, 2009

Tabahkan hati dan kentalkan iman dalam diri...

Tengah baca buku "Teaching by Principles: An Interactive Approach to Language Pedagogy" hasil nukilan H.D. Brown ni, buat aku rase pening dan aku pun 'break' kejap wat entry baru.. Hahahaha.. (=.=")

Entry sebelom ni aku letak jadual exam aku...ya...ya.. sok ade exam Teaching Techniques and Classroom Mangement.. Lusa pulak.. Phonetics and Phonology dgn Sociolinguistics... Pening2... Untuk tiga hari ni (jumaat, sabtu, ahad) aku dlm kebingungan (bukan bengong ye)..tak tau nak bace mane satu.. sebab tiga2 paper ni susah belaka... Huwaaaaa... (T.T)

Tengah2 study ni macam biase la timbul perasaan camni...

"Ble nak abes exam ni?? Nak balik umah!!! Nak Cuti!! Uhuk~~"

Sungguh cemburu aku terhadap kawan2 aku yang lain yang tengah cuti tu.... "Bile la agaknye aku boleh join diorang?"

Namun sejak menjak ni aku asyik mimpi je.... Mimpi nak makan tempe goreng... huhuhu... (T.T)
(Ni tengah ngidam tempe goreng tahap maksima ni..adeh~~)

Apepun aku kena tabah hadapi cabaran besar ni...kuatkan iman aku supaya fokus study dan tak terpesong dari buku...hehehe... Lagi 4 paper lagi! Usaha!! Insya Allah, dengan usaha yang gigih dan doa aku akan berjaya.... AMIN~ \(^.^)/

Sunday, November 29, 2009

Ganbatte- ne! Good Luck! Semoga Berjaya!

Final Exam menjelang lagi!! Macam biasa tak senang duduk tak senang hati! Study memanjang, tekanan, ulang-alik ke tandas tiap kali tengah study, memerap dalam bilik study giler-giler dan kul 3 pagi mesti terjaga gi tandas. Itulah sindrom aku time final exam. DAHSYAT~~ Kalo korang baca entry aku sebelum ni, aku menyatakan yang aku risau tentang pointer aku pada sem ni dan macam mane ngan pencapaian aku??? Hanya Allah yang tahu...maka dengan itu aku kena USAHA!! INSYA ALLAH.. Aku boleh lakukannya.. AMIN~~

Jom tengok JADUAL EXAM aku!


2 Dec (Wednesday) - 230 pm - Dewan Utama
Reading for Academic Purposes

7 Dec (Monday) - 230 pm - IPIS
Teaching Techniques and Classroom Management

8 Dec (Tuesday) - 900 am -Dewan Utama
Phonetic and Phonology

8 Dec (Tuesday) - 230 pm -Dewan Utama
Introduction to Sociolinguistics

10 Dec (Thursday) - 230 pm - PKP
Teaching English Grammar


To all my TESL-ians friends wish you and myself the best of luck for the final exam! Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan course lain gak..


SEMOGA BERJAYA!
GOOD LUCK! WISH YOU ALL THE BEST OF LUCK!

v(^^)v

Sukaneka SRM

14 November lalu (mak aih! baru nak masuk dlm blog..hehehe..), sukaneka Sekretariat Rakan Muda Unisel diadakan di IPIS, Unisel. Seperti biasa aku mewakili rakan sukarelawan tetapi kebanyakan geng2 sukarelawan aku tak dapat join sebab diorang ade hal lain. Aku pun ajak la kawan kelas yang best, sporting dan baik hati (lat, uyu & ayie). Thanx so much korang sebab join sesame. Ikin dan kawan dia Fida pun join sekali. Tak lupa juga Naim ahli sukarelawan yang paling bersemangat pun join skali. Walaupun sume masing2 tak kenal tapi kerjasama kitorang kuat dan kitorang ngam sangat. Tengokla gelagat kitorang sume berposing. Gambar ni masa acara lari dalam kain pelekat. Ayie senyum besar dengan kain pelekat tu. Go Ayie!! V(^^)V

Ni waktu acara hias khemah. 4 orang ni la yang membina dan menghias khemah untuk team sukarelawan. Walaupun meraih tempat ke-4 tapi puas hati! (Ikin, Fida, Naim & Lat)

Kami satu team sempat posing! Cheese~~ V(^^)V



Kesimpulannya, hari tu ada macam2 acara dan semua sangat BEST! Apepun sukaneka hari tu sangat BEST! Team sukarelawan dapat ke-5 daripada 9 rakan yang ada hari tu. Hopefully, ada lagi acara camni tahun depan dan team sukarelawan akan cuba lebih lagi!

Saturday, November 28, 2009

Drug of Happiness


Absolutely it is not about drug I'm talking about! I'm talking about music and song.. Tak ramai yang tau lagu genre ape yang aku suke... Ramai yang tengok aku ingat aku suke nasyid.. (-.-") Aku ni boleh kategori sebagai Universal Listener tapi ada satu genre lagu yang wat aku melekat, Japanese Pop (J-Pop). Yup! Lagu jepun dan aku tidak kisah apa yang orang nak kata dan aku tau orang lain akan rasa aku ni pelik. Aku tidak kisah tentang ni, sebab lain manusia lain minatnya dan aku sudah temui ramai orang yang mempunyai minat cam aku... Dalam beberapa bulan aku stress buat kerja dan assignments aku temui beberapa lagu baru yang menjadi teman aku wat keje... Di sini aku nak wat preview tentang lagu-lagu baru yang aku selalu humming dan nyanyi bila aku rasa bosan dan merupakan lagu utama di dalam MP3 player aku skang ni..

Loveless is a new solo single from Yamashita Tomohisa (Yamapi). Sume peminat tau yang Yamapi memang da bercita-cita nak wat single solo sendiri walaupun dia bersama NEWS (group fav aku). Loveless ni merupakan lagu yang bermain dalam blog aku ni. Lagu yang sedih di mana apabila cintanya menemui cinta yang baru dan terpaksa melpaskannya demi kebahagiaan orang yang dicintainya. Check out the PV! Cool~~ They shoot in New York City...

Aku tak pernah dengar lagu dari AAA (Atack All Around) dan ini merupakan lagu pertama yang aku dengar dari diorang dan aku minat sangat2. Hide-away...lagu yang rancak tapi ade istimewanya. Single ni ade 4 lagu, pakai verse dan rentak yang sama tapi lain lirik. Memang unik! Lebih2 lagi...lagu With you merupakan lagu ending untuk Inuyasha:The Final Act. Aku tak pernah jemu dengar lagu ni. Kalo boleh aku nak try belajar step dance lagu ni yang aku tengok kat PV lagu ni.. V(^^)V

It's all too much/ Never Say Die from YUI my favourite female singer. Never Say Die is a very hip song and I like it so much! Plus ade lagu again dalam single ni versi accoustic!

Futasu no Kuchibiru from EXILE. Pertama kali aku dengar lagu ni dari drama yang aku tengok Tokyo DOGS dibintangi Hiro Mizushima ngan Oguri Shun. Rentak lagu ni mmg menawan hati aku. Aku sentiasa dengara lagu ni setiap hari...mmg tak jemu dan kadang2 aku nyanyi lagu ni kalo aku rasa bosan... 5 Stars for this song! <3>

Final Exam

Sudah lama aku tak update blog aku ni. Aku tiada kisah-kisah yang baru dan menarik untuk dikongsi bersama. Tambahan lagi kehidupan aku sangat tidak terurus selama satu semester ini. Manakan tidak...setiap kali aku dapat dapat assignments baru, datang lagi assignments yang lain. Sampaikan aku tidak cukup tidur untuk 2 hari berturut-turut dan tidak menjamah nasi untuk 2 hari juga. Alhamdulillah...semua sudah selesai.. Public speaking, microteaching, presentation, debate, test dan semua asignments telah selesai. Namun, aku dapat rasakan aku tidak perform seberapa baik sem ni. Test aku banyak meraih markah yang rendah. Mampukah aku kekalkan pointer 3.6 lagi?? Persoalan ini bermain di minda aku sepanjang hari.. Walaupun aku berusaha bersungguh-sungguh namun masih ada kesalahan... Di mana silap aku?? Ya Allah...apa yang perlu aku lakukan lagi? Itulah doa ku... FINAL EXAM makin hampir... aku tak bersedia lagi... mampukah aku lakukan yang terbaik lagi pada semester ini... Insya Allah... Aku perlu lebih berusaha... Selagi yang termampu.. Apapun yang terjadi aku kena melangkah dengan tabah...walaupun aku jatuh aku perlu bangkit...tidak kira apa pun yang terjadi... Insya Allah.. AMIN.. (^^)


Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga di hari yang mulia ini, segala pengorbanan anda akan diberkati oleh Allah S.W.T. Juga diucapkan semoga berjaya menghadapi final exam nanti! Berusaha!! V(^^)V

Sunday, October 4, 2009

28 September 2009 (image edition)


My 20th Birtdday cake!! Thank you abah, mama and Aa... Love you all so much!! (^^) Tak sangka Abah akan belikan kek coklat yang sedap ni... Rase macam nak makan lagi je..... wee!! My favoutite is chocolate!!









Ini lah dia fan regulator yang baru yang sudah ditukar oleh abang2 maintenance Jana Niaga.. Terima kasih.. Sejak tu kami satu rumah berpesan kepada tuan punye bilik no 2 jangan biar kipas on lame2 ye..hehehe... Walau ape pun peristiwa malam tu takkan dilupakan dan memang lawak!! V(^0^)V












29 September
My roomate cayang hehehe...Kak L gi jalan2 kat KL...tak sangka di bawak balik muffin yang rupa macam donut ni. Memang sedaaaapp~~ (^.^) Muffin sempena nak sambut besday Kak L 19 September ari tu dan skali ngan besday aku.. Mekaceh Kak L muffin2 ni cute dan cedapp... Ktorang satu rumah makan bersama-sama2. Insya Allah satu hari nanti kte satu rumah makan kat Pizza Hut lak ye...(Raby belanje!) hehehe... (^.^)

Saturday, October 3, 2009

28 September 2009

Agak lama aku tak update blog ni..malam td shbt aku bertanye.."ko ble nak update blog??" Hehehe...tp ble difikir semula mmg da lama tak tulis pape dlm blog ni.. Entry kali ini berkisarkan peristiwa yang berlaku pada 28 September 2009.

28 September merupakan hari jadi aku..da masuk 20 tahun aku ni..da blh kahwin pun.. ohohoho!! mungkin bukan sekarang!!! Apa hajat aku? Apa harapan aku di hari kali aku ini?? Hanya aku yang tahu...namun pada tahun ini, hari jadi aku kali ni sgt menggembirakan dan terdapat perkara yang tak diduga berlaku..

Pada 27 September (1 hari sebelum)
Aku dan kelurgaku menyambut hari jadi aku awal sehari

terkejut bila nampak abah bwk balik kek

dan abang aku juga dgn selambe nya ckp "eh bukan sok ke?"

abah cakap sok tak sempat nak celebrate
yela sok pagi aku nak pulang ke unisel
dan
masing2 pun kembali berkerja semula

Alhamdulillah dan aku sangat gembira..

seperti biasa kami sekeluarga membaca doa selamat
dan kemudian aku memotong kek coklat itu..

tepat tgh malam...
ramai sahabat baik aku sms

mengucapkan selamat hari jadi

happy nyer!! (^.^)


28 September (di pagi hari)
Pagi tu selepas subuh sepatutnya aku pulang ke unisel
tetapi....

pagi itu aku demam dan terpaksa tangguh plan tu..

kebetulan abah cuti hari tu tetapi ada byk urusan nak settlekan

hmmm....pg tu pula hujan lebat sgt

sejuk nyer~~~

mcm bese aku buka facebook aku..
wow!!
ramai rakan2 aku wish besday aku di facebook

aku sgt berterima kasih kepada mereka semua

pada pagi tu mama telefon aku byk kali

tanya sama ada aku sudah makan atau belom

mama sgt risau pasal aku....love u mama.. (^^)
pada ptg tu selepas asar aku bertolak pulang ke unisel..


28 September (di malam hari)
Tibanya aku di unisel..
gembiranya dapat jumpa housemates aku semula
maklumla seminngu cuti...rindu kat diorang
balik2 je tgk atas meja byk kuih raya
tambah dgn kuih raya yang aku bawak
mmg lagi tambah penoh
malam tu aku jamah sedikit mihun sup bersama housemate aku
malam tu juga aku da janji ngan ima, ziera dgn dayah utk group discussion di rumah aku
siapa sangka malam itu terjadi perkara2 yang kita tak boleh duga...

830 malam, ima dan ziera tiba di rumah aku
sementara menunggu dayah tiba kami pun bincang terlebih dahulu
kami berborak dan berbincang seperti biasa
housemates aku pun sumenyer happy2 belaka dan sibuk

dalam pukul 930 camtu seingat aku la
aku terbau benda terbakar aku pun cakap la
"eh ada bau tak?? benda terbakar"
bau tu sangat kuat dalam rumah
aku ngan housemates aku cpt2 tutup dan cabut semua plug
tp raby ckp "eh! bau tu kuat dari balik aku la.."
aku soh dia cpt tutup plug...tp ble aku toleh kanan terkejut aku!!!
fan regulator berasap!!! kecoh satu rumah..
aku cepat2 lari capai kotak utama terus tutup suis utama!!!!
Arghhhhhh!!! Sume menjerit sbb gelap...hahahah!!
mmg lucu tp takut jugak bahaya ni blh terbakar rumah...
dlm kegelapan dan sunyi tu sume tertanya
"nak buat camne ni??"

Aku teringat peristiwa sem lepas
yang mane lampu bilik air terbakar
menyebabkan rumah kitorang blackout automatic
dan menyebabkan 6 org sume tido di bilik aku
sbb bilik aku je yang selamat dan tak blackout
dan waktu tu aku ade amek nombor tepon pak guard
sbb tu dan dgn segera aku, ima ngan ziera turun
nak ke pondok pengawal nak cari pak guard...
mase aku turun...
aku tgh cari no tepon pak guard kat dlm contact henpon aku
aku tak sedar ape pun di depan aku
"bedebuk!! ahh..adeh.. (suara kecik aku)"
aku jatuh tergelincir sbb
tak sedar ade takungan air kat lantai
ima ngan ziera terkejut tp ktorg gelak same2
rase sakit di kaki tapi aku tahan..
aku pun call pak guard soh dtg blok aku cepat!!
Alhamdulillah..pak guard dtg rumah periksa
kami semua mintak tlg pak guard tu panggilkan maintenance
Terima kasih kepada pak guard dan maintenance
sbb tolong baiki semula fan regulator tu...
dan kami semua sambung kerja kami mcm biase..

Dalam kekalutan malam tu mmg ade byk benda lawak yang jadik dlm mase yang sama..aku teringat ziera ckp kat aku "aku x sangka benda ni jadik kat ko mase besday ko" hahahah!! mmg aku sendiri pun x sangka... kejadian ni mmg akan diingati sampai bila2.. (^^)